PEMAKANAN DAN KITARAN HAID

Standard

Adakah corak pemakanan mempengaruhi masalah kitaran haid anda? Setiap wanita itu unik dan berbeza. Begitu juga dengan kitaran haid seseorang wanita.

Kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang sihat dan seimbang amat mempengaruhi kitaran haid yang normal. Jadi, kepada mereka yang mengalami masalah haid tidak normal mungkin boleh mencuba tips yang dicadangkan.

Diet dibawah mungkin boleh membantu anda. Dinasihatkan mengamal diet ini sekurang-kurangnya 3-6 bulan untuk mendapat kesan yang bagus.

1. Buah-buahan Segar.  Seeloknya, elakkan buah-buhan yang tidak segar dan disimpan lama di dalam peti kerana vitamin sudah berkurangan. Disarankan mengambil buah-buahan 2-3 hidangan sehari.

2.Makanan  Organik. Selain tidak mengandungi bahan kimia dan pestisid, rasa  makanan organik adalah lebih sedap dan segar selain mengandungi vitamin dan minerals yang tinggi.

3. Sayuran yang segar dan pelbagai jenis. Pilih sayur yang segar dan dicadangkan mengambil 3-4 hidangan sehari. Sayuran hijau juga mengandungi mineral dan asid folik yang tinggi dalam membantu membetulkan kitaran hormon.

4.Bijirin Penuh. Ini termasuk, beras perang, bijirin sarapan pagi, oats. Kandungan serat yang tinggi dan juga diperkaya dengan asid folik amat membantu menstabilkan hormon.

5. Kekacang: semua jenis kekacang mengandungi zat protein dan zat besi. Contohnya, kacang soya, kacang hijau, kacang merah,dhal, peas,  dan lain-lain lagi.

6. Minyak.  Minyak(virgin ) zaitun dan minyak bijan adalah yang terbaik.Digalakkan membeli minyak di dalam botol gelap untuk mengekalkan kualiti dan vitamin E.

7.Asid lemak perlu / Essential fatty acids (EFAs). Kandungan EFA tinggi di dalam minyak ikan, Evening primrose oil (EPO) membantu wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur.

8.Tofu/Tempe. Diperbuat daripada kacang soya adalah sumber protein estrogen tumbuhan yang bai yang membantu meredakan simptom PMS.

9. Habatus sauda. Minerals, vitamin dan zat galian yang sangat bagus disamping tinggi antioksida.

10.Air. Perlu untuk proses kimia di dalam tubuh disamping membantu membuang sisa toksin. dicadangkan mengambil air 2-3 liter sehari untuk mengelakkan dehidrasi. Digalakkan mengambil air panas atau suam.

Selamat Mencuba

Leave a comment