DENGGI DAN PEMAKANAN

Standard

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.Demam Denggi

Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot, sakit pinggang yang teruk dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah – pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normalKemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung.

Rawatan Pemakanan:

#Kebanyakan pesakit denggi mengalami dehidrasi yang teruk jika diserang muntah dan cirit-birit. Keadaan ini menyebabkan garam mineral di dalam tubuh berkurangan seperti sodium dan pottassium.

#Kurang selera makan menyebabkan pesakit lemah,letih dan kehilangan vitamin tubuh.

#Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan seimbang..

#Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan.

#Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

#Pemakanan yang tinggi mineral dan vitamin perlu untuk menggantikan zat yang hilang seperti:

1. Buah-buahan dan sayuran  yang tinggi vitamin  C (limau,epal,mangga,betik,delima dan sayuran hijau).

2. Buah-buahan kering seperti aprikot,kurma, dan kismis juga membantu membekalkan pottassium.

3.Jika tidak berupaya makan buah, boleh mengambil jus buah seperti jambu batu,jus delima, jus prune , 2-3 gelas sehari.

#Tips atasi muntah:

1.Elakkan makanan berminyak,bergoreng dan tinggi gula.

2.Pilih makanan kering seperti biskut, roti bakar, buah-buahan kering .

3. Makan secara sedikit tetapi kerap boleh membantu.

 

#Tips atasi cirit-birit

1. Minum banyak air masak dan jus.
2.Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu buat sementara waktu.
3.Ambil cecair rehidrasi oral (ORS)
4.Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau 
     pisang yang dimasak.

5.Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
    dihadam.

6. PROBIOTIK (yakult ,vitagen,yogurt)mungkin membantu untuk menstabilkan usus anda .Probiotics-for-Health Blog

# Jika darah merah(hemoglobin ) rendah, anda perlu tingkatkan pengambilan protein seperti ikan,ayam,kekacang dan soya(3-4 sajian sehari).

SEMOGA TIPS INI MEMBANTU PESAKIT DENGGI DI LUAR SANA

Apa-pun perkara utama kita mesti ingat adalah setiap penyakit yang diuji kepada kita itu adalah penghapus kepada dosa-dosa kecil kita.

“Tidaklah menimpa seorang mukmin berupa rasa sakit (yang terus menerus), rasa letih, kekhawatiran (pada pikiran), sedih (kerana sesuatu yang hilang), kesusahan hati atau sesuatu yang menyakiti sampai pun duri yang menusuknya melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.” Riwayat Bukari dan Muslim

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s