KAHAK /MUCUS

Standard

b

Musim sejuk dan cuaca yang tidak menentu menyebabkan ramai diserang selsema,batuk, demam dan lain-lain penyakit.Hari ini izinkan saya bercerita mengenai batuk. Sebenarnya, batuk adalah tindakbalas normal yang baik untuk kita. Tindakbalas ini dikenali sebagai tindakbalas refleks, di mana batuk
berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan irritant (penganggu).

Ada dua jenis batuk yang utama:batuk

bullet

batuk yang berkahak (productive cough)

bullet

batuk yang tidak berkahak (non-productive cough atau unproductive cough)

Batuk yang berkahak

  1.  Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.
  2. Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.
  3. Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.
  4. Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.

Selain daripada pengambilan ubat, anda boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:

bullet

minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.

bullet

pengambilan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, hendaklah dikurangkan.

Jadual dibawah mungkin membantu

mucus

bullet

sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa yang sesuai untuk terus berhenti merokok.

bullet

persekitaran yang berhabuk, berasap toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini.

bullet

sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.

bullet

Batuk tidak berkahak

Batuk yang tidak berkahak dirasakan kering, gatal dan perit yang berlaku di bahagian tekak. Batuk jenis ini selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Ia selalunya akan pulih tanpa pengambilan ubat dalam masa seminggu. Pengambilan antibiotik tidak boleh membantu pesakit batuk jenis ini.

Amalkan pemakanan sihat dan seimbang serta tinggi vitamin ,A,C dan E untuk menguatkan sistem antibodi anda.

Makanan yang membantu menghilangkan batuk.

1. Vitamin C seperti buah sitrus,nenas,epal.

2. Pengambilan folat( sayuran hijau gelap,kobis)

3. Pengambilan madu,habbatus sauda, bawang putih dan halia membantu melegakan batuk.thCAIJDTF0

4. Elakkan mengambil makanan bergoreng dan berminyak kerana ia menyebabkan kahak lebih banyak terbentuk.

5. Elakkan buah yang diawet/ dijeruk

IKHTIAR JALAN TERBAIK

WASSALAM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s