DENGGI DAN PEMAKANAN

Standard

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.Demam Denggi

Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot, sakit pinggang yang teruk dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah – pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normalKemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung.

Rawatan Pemakanan:

#Kebanyakan pesakit denggi mengalami dehidrasi yang teruk jika diserang muntah dan cirit-birit. Keadaan ini menyebabkan garam mineral di dalam tubuh berkurangan seperti sodium dan pottassium.

#Kurang selera makan menyebabkan pesakit lemah,letih dan kehilangan vitamin tubuh.

#Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan seimbang..

#Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan.

#Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

#Pemakanan yang tinggi mineral dan vitamin perlu untuk menggantikan zat yang hilang seperti:

1. Buah-buahan dan sayuran  yang tinggi vitamin  C (limau,epal,mangga,betik,delima dan sayuran hijau).

2. Buah-buahan kering seperti aprikot,kurma, dan kismis juga membantu membekalkan pottassium.

3.Jika tidak berupaya makan buah, boleh mengambil jus buah seperti jambu batu,jus delima, jus prune , 2-3 gelas sehari.

#Tips atasi muntah:

1.Elakkan makanan berminyak,bergoreng dan tinggi gula.

2.Pilih makanan kering seperti biskut, roti bakar, buah-buahan kering .

3. Makan secara sedikit tetapi kerap boleh membantu.

 

#Tips atasi cirit-birit

1. Minum banyak air masak dan jus.
2.Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu buat sementara waktu.
3.Ambil cecair rehidrasi oral (ORS)
4.Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau 
     pisang yang dimasak.

5.Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
    dihadam.

6. PROBIOTIK (yakult ,vitagen,yogurt)mungkin membantu untuk menstabilkan usus anda .Probiotics-for-Health Blog

# Jika darah merah(hemoglobin ) rendah, anda perlu tingkatkan pengambilan protein seperti ikan,ayam,kekacang dan soya(3-4 sajian sehari).

SEMOGA TIPS INI MEMBANTU PESAKIT DENGGI DI LUAR SANA

Apa-pun perkara utama kita mesti ingat adalah setiap penyakit yang diuji kepada kita itu adalah penghapus kepada dosa-dosa kecil kita.

“Tidaklah menimpa seorang mukmin berupa rasa sakit (yang terus menerus), rasa letih, kekhawatiran (pada pikiran), sedih (kerana sesuatu yang hilang), kesusahan hati atau sesuatu yang menyakiti sampai pun duri yang menusuknya melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.” Riwayat Bukari dan Muslim

KAHAK /MUCUS

Standard

b

Musim sejuk dan cuaca yang tidak menentu menyebabkan ramai diserang selsema,batuk, demam dan lain-lain penyakit.Hari ini izinkan saya bercerita mengenai batuk. Sebenarnya, batuk adalah tindakbalas normal yang baik untuk kita. Tindakbalas ini dikenali sebagai tindakbalas refleks, di mana batuk
berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan irritant (penganggu).

Ada dua jenis batuk yang utama:batuk

bullet

batuk yang berkahak (productive cough)

bullet

batuk yang tidak berkahak (non-productive cough atau unproductive cough)

Batuk yang berkahak

  1.  Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.
  2. Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.
  3. Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.
  4. Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.

Selain daripada pengambilan ubat, anda boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:

bullet

minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.

bullet

pengambilan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, hendaklah dikurangkan.

Jadual dibawah mungkin membantu

mucus

bullet

sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa yang sesuai untuk terus berhenti merokok.

bullet

persekitaran yang berhabuk, berasap toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini.

bullet

sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.

bullet

Batuk tidak berkahak

Batuk yang tidak berkahak dirasakan kering, gatal dan perit yang berlaku di bahagian tekak. Batuk jenis ini selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Ia selalunya akan pulih tanpa pengambilan ubat dalam masa seminggu. Pengambilan antibiotik tidak boleh membantu pesakit batuk jenis ini.

Amalkan pemakanan sihat dan seimbang serta tinggi vitamin ,A,C dan E untuk menguatkan sistem antibodi anda.

Makanan yang membantu menghilangkan batuk.

1. Vitamin C seperti buah sitrus,nenas,epal.

2. Pengambilan folat( sayuran hijau gelap,kobis)

3. Pengambilan madu,habbatus sauda, bawang putih dan halia membantu melegakan batuk.thCAIJDTF0

4. Elakkan mengambil makanan bergoreng dan berminyak kerana ia menyebabkan kahak lebih banyak terbentuk.

5. Elakkan buah yang diawet/ dijeruk

IKHTIAR JALAN TERBAIK

WASSALAM

KHASIAT BUAH-BUAHAN KERING (DRIED FRUIT)

Standard

Apakah buah-buahan kering?

Buah-buahan kering( Dried fruit) adalah buah dimana kandungan air di dalam nya telah disingkirkan samada secara semulajadi, melalui pemanasan matahari atau alat pengering/. dehydrators.

Contoh buah-buahan ini adalah seperti kurma,kismis,aprikot,kiwi dan pelbagai jenis lagi

Adakah buah tersebut masih berkhasiat?

Jawapannya:

  • Seperti buah-buahan segar,kandungan garam di dalam buahan kering adalah rendah.
  • Sumber serat/fiber dan kandungan potassium adalah tinggi.
  • Membekalkan nutrient yang perlu di dalam tubuh seperti, vitamin A (apricots and peaches), calcium (figs), vitamin K (dried plums), zat besi/ iron, and copper.
  • Buah-buahan yang dikeringkan secara traditionaltidak ditambah gula.
  • Tinggi kandungan polyphenol , dengan itu tinggi antioksidan . Antioksidan membantu menurunkan   oxidative stress dan mengelakkan kerosakan oxidative yang boleh melawan kanser dan penyakit jantung.
  • Tinggi kandungan pectin,  fiber larut yang membantu menurunkan paras  kolesterol di dalam darah.
  • Kismis adalah sumber prebiotic yang membantu dan menjaga kesihatan di saluran penghadaman dan boleh mengelakkan kanser kolon.

Jadi,jawapannya,YA…zat/kandungan nutrien di dalam buah-buahan kering sangat bernilai.

Jadikan amalan pemakanan sihat untuk anda sekeluarga dengan menggantikan jajan/keropok yang tidak sihat dan mengundang penyakit.

*TIPS: buah-buahan ini boleh ditambah di dalam roti,biskut,bijirin sarapan pagi,kek dan pelbagai jenis makanan.

SELAMAT MENCUBA…..

 

 

 

Kelebihan Habbatus Sauda telah diuji secara klinikal oleh beberapa pakar saintis:

Standard

APAKAH ITU “HABBATUS SAUDA” ?

Dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:Tetaplah kamu dengan Al-habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar segala penyakit kecuali As-Sam(maut).

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 Salam sejahtera.Harap anda berada di dalam keadaan sihat walafiat.Mungkin anda tertanya-tanya. apkah habbatus sauda? Khasiat kepada kesihatan kita? Kenapa ia menjadi salah satu pemakanan sunnah??? Disini saya nak kongsikan beberapa kajian/penyelidikan  yang saya  baca mengenai Habbatus Sauda. (Maaf kajian tersebut ditulis di dalam bahasa inggeris untuk membuktikan  bahawa cerita tersebut bukan rekaan saya)

Di dalam bahasa Arab ia dipanggil Habbatus Sauda, bahasa Inggeris dipanggil Black Seed, bahasa Melayu dipanggil Jintan Hitam manakala bahasa saintifiknya dipanggil Nigella sativa.
Selama lebih 2500 tahun dahulu Al-Habbatus Sauda sudah dikenali di dalam sejarah perubatan sebagai ekstrak tumbuhan yang paling selamat dan bertindak secara efektif di dalam tubuh badan.

 

Image

 1: Bertindak sebagai  anti-inflammatory untuk pesakit arthritis:

(In 1960, Professor El-Dakhakny reported that Nigella Sativa (Black Seed) oil has an anti-inflammatory effect and that it could be useful for relieving the effects of arthritis. In 2002, at the Alexandria Medical Faculty, Alexandria, Egypt (56) he also studied the effectiveness of nigellone and thymoquinone whereby his research partly explained the mode of action of Nigella Sativa (Black Seed)’s volatile oils in ameliorating inflammatory diseases.)

(In February 1995, doctors at King’s College London, U.K. investigated the use of Nigella Sativa (Black Seed) oil for the treatment of rheumatism and inflammatory diseases. Their report concluded that Nigella Sativa does contain strong anti-rheumatic qualities and as such the oil can be used in the a treatment for rheumatism and related inflammatory diseases.)

 2. Membantu pesakit Asthma(Lelah) dan masalah respiratori

3. Merawat diarrhea( cirit-birit)

4. Bertindak seperti antibiotik:


In 1997 researchers at the Department of Pharmacy, University of Dhaka, Bangladesh, conducted a study in which the antibacterial activity of the oil of Nigella Sativa (Black Seed) was compared with five antibiotics: 1) ampicillin, 2) tetracycline, 3) cotrimoxazole, 4) gentamicin, and 5) nalidixic acid.

The Nigella sativa oil proved to be more effective against many strains of bacteria, including those known to be highly resistant to drugs. These included V. cholera, E. coli (a common infectious agent found in undercooked meats), and all strains of Shigella spp., except Shigella dysentriae. Most strains of Shigella have been shown to rapidly become resistant to commonly used antibiotics and chemotheraputic agents.

In 2005 at the King Faisal University, Al-Ahsa, Saudi Arabia they studied the effects of Nigella Sativa (Black Seed) in conjunction with the anti biotic oxytetracycline (OXT) in pigeons. (An antibiotic commonly used to treat infections of the respiratory and urinary tracts.) They concluded the addition of Nigella Sativa (Black Seed) to the feed of pigeons acted as an immunoprotective agent when chronic administration of antibiotics are considered.

5. Anti-Kanser


(Nigella Sativa (Black Seed) is now being viewed by many oncologists as a serious herbal remedy to assist in the treatment of cancer. The U.S. Food and Drug Administration (FDA) have granted 2 patents that involve Nigella Sativa oil for treating cancer, preventing the side effects of anti cancer chemotherapy, and for increasing the immune system functions in humans. U.S. Pat. No. 5,482,711 and 5,653,981.

At the Amala Cancer Research Centre, Kerala, India in 1991 studies indicated that Nigella Sativa (Black Seed) oil has efficacy as a chemotherapeutic agent. In other studies, it was found that Nigella Sativa (Black Seed) oil diminishes toxic side effects caused by several other chemotherapeutic drugs such as cisplatin and doxorubicin.)

6.Membantu pesakit kanser, tumor dan rawatan kemoterapi


(In 1997 at the Cancer Research Laboratory of Hilton Head Island, South Carolina, USA, it was proven that Nigella Sativa (Black Seed) oil had enormous success in tumor therapy without the negative side effects of common chemo-therapy.

They found that it increased the growth rate of bone marrow cells by a staggering 250% and it inhibited tumor growth by 50%. It stimulated immune cells and raised the interferon production which protect cells from the cell destroying effect of viruses.)

7. Membantu perawatan pesakit kanser kolon

(In the same year Doctors at the Osaka City University Medical School in Japan investigated the use of Nigella Sativa (Black Seed) for the treatment of cancer of the colon. Their studies deonstrated that Nigella Sativa (Black Seed) oil inhibited the growth of cancer in the postinitiation stage.

In 2004 at the American University of Beirut, Lebanon, thymoquinone extracted from Nigella Sativa (Black Seed) was investigated to see if it could terminate human colorectal cancer cells. Their studies revealed that thymoquinone has the potential for the treatment of colon cancer.)

8. Penyakit Cacing (kanak-kanak)/Cestodes (worms) in children

(In 1991 at the University of Agriculture, Faisalabad, the anticestodal effect of Nigella Sativa (Black Seed) was studied in children who had been naturally infected. They concluded that Nigella Sativa (Black Seed) contained active principles effective against these worms. In 2007, Abdulelah and Zainal-Abidin investigated the anti-malarial activities of different extracts of N.sativa seeds against P. berghei. Results indicated strong biocidal effects against the parasite. Nigella Sativa (Black Seed) was found to have an anthelmintic activity against tapeworm comparable tothat of piperazine. The pure essential oil showed activity against Monezia insheep comparable to niclosamide)

ImageSEBARANG INFO : EMAIL : wafiz_1912@yahoo.com

ANAK TIDAK SUKA MAKAN SAYUR/BUAH

Standard

x suka

SALAM,

Malam ni izinkan saya berkongsi pengalaman dalam menggalakkan anak-anak kita menyukai sayur dan buah dari kecil.

Anda semua sebagai ibubapa pasti sudah mengetahui khasiat sayur dan buah-buahan untuk kesihatan.

Apa yang saya lakukan ialah menerangkan kepada anak-anak akan khasiatnya dalam bahasa yang mudah difahami;

CONTOH

1)IKUT WATAK KARTUN YANG DIGEMARI:

-“Kalau abang makan sayur/buah, jadi HEBAT DAN KUAT..sama macam boboiboy”boboiboy

-“tengok ultraman,hebat kan..jadi kuat sebab makan sayur”

-“abang nak tau kenapa abang sakit perut masa yak(buang air besar)…sebab abang tak mkn sayur dan buah”

Pasti anak anda memahami dan mereka akan makan sayur/buah.

2.IBU BAPA MESTI KREATIF

-Sayur dipotong kecil-kecil, dan bentuk menarik minat anak anda.(bentuk bear,bunga,robot,binatang).P1060091

-Pastikan campuran sayur/buah berwarna warni.

3.GUNA PERALATAN MAKANAN YANG DIGEMARI

-sudu/garpu/pinggan/cawan kartun yang digemari

4.REWARD ANAK ;

-“kalau abang makan sayur banyak-banyak,nanti kita leh main di taman..hebatkan”

-“lepas makan buah…kita tengok kartun”

-“siapa cepat makan sayur, dia dapat no 1”

Anak anda mesti teruja dan mahu makan sayur dan buah.

5.LETS SHOPPING TOGETHER

-Didik anak sama-sama memilih buah dan sayur semasa shopping.Anak pasti gembira.

6.MASAK BERSAMA

-Ajar anak dan galakkan mereka join semasa penyediaan makanan.tentu anak anda berasa seronok seperti main masak-masak.

7.PUJIAN

Always great n kiss anak anda.Mereka akan rasa dihargai

#SELAMAT MENCUBA#

ANTIOKSIDAN

Standard

Adakah anda tahu apakah antioksidan?antioxidant-foods2

Antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak. Antioksidan menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas. Radikal bebas juga menyebabkan kolesterol LDL(kolesterol jahat) menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerosakan di merata tempat dalam tubuh kita mendapat penyakit kanser,jantung dan pelbagai penyakit kronik lain.

Tubuh kita tidak boleh menghasilkan antioksidan sendiri.Oleh itu,kita mesti  mengambil makanan yang mengandungi bahan tersebut.Apakah makanan itu?

Jadual dibawah adalah senarai makanan yang tinggi kandungan antioksidan:antioxid

Rank Food Serving size Total anti- oxidant capacity per serving size
1 Red Beans (dried) Half cup 13727
2 Wild blueberry 1 cup 13427
3 Red kidney beans (dried) Half cup 13259
4 Pinto beans Half cup 11864
5 Blueberry 1 cup 9019
6 Cranberry 1 cup (whole) 8983
7 Artichoke (cooked) 1 cup (hearts) 7904
8 Blackberry 1 cup 7701
9 Prune Half cup 7291
10 Raspberry 1 cup 6058
11 Strawberry 1 cup 5938
12 Red Delicious apple 1 5900
13 Granny Smith apple 1 5381
14 Pecan 1 ounce 5095
15 Sweet cherry 1 cup 4873
16 Black plum 1 4844
17 Russet potato (cooked) 1 4649
18 Black beans (dried) Half cup 4181
19 Plum 1 4118
20 Gala apple 1 3903

Para saintis dari USDA telah mencipta skala pengukuran kandungan antioksidan di dalam makanan semulajadi.  ORAC,( Oxygen Radical Absorbance Capacity).

Fruits Anti- oxidant Value ORAC units per 100 grams Vege- tables Anti- oxidant Value ORAC units per 100 grams
Prunes 5570 Kale 1770
Raisins 2830 Spinach 1260
Blueberries 2400 Brussels sprouts 980
Blackberries 2036 Alfalfa sprouts 930
Strawberries 1540 Broccoli flowers 890
Raspberries 1220 Beets 840
Plums 949 Red bell pepper 710
Oranges 750 Onion 450
Red grapes 739 Corn 400
Cherries 670 Eggplant 390
Kiwi fruit 602
Grapefruit 483

Saranan USDA :sekurang-kurangnya 3,000 ORAC units sehari.antioxidant-rich-foods

AMALKAN PEMAKANAN YANG TINGGI ANTIOKSIDAN UNTUK MENGELAKKAN RISIKO KANSER DAN SAKIT JANTUNG.

PEMAKANAN PESAKIT GOUT

Standard

 Gout  merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh   paras asid urik yang tinggi di dalam darah(Hyperuricemia) iaitu 420 μmol/L (7.0 mg/dL).

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan  hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga  dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke  sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert  Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun  individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga  berisiko mendapat gout.

RAWATAN PEMAKANAN