JEREBU DAN TIPS PEMAKANAN

Standard

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit.Image

Masalah kesihatan

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

TIPS PEMAKANAN

1.Minum air kosong dari sumber yang bersih 2-3 liter sehari.

2.Banyakkan mengambil makanan yang tinggi antioksidan seperti buah-buahan dan sayuran

3.Elakkan membeli makanan yang terdedah.Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih.

4.Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan tinggi lemak tepu.

5.Kurangkan pengambilan kaffein untuk mengelakkan dehidrasi.

6.Amalkan pemakanan mengikut piramid makanan untuk menjamin kesihatan.

7.Tingkatkan pengambilan makanan tinggi vitamin C atau makanan/vitamin tambahan untuk meningkatkan sistem imun tubuh.Image

SELAMAT MENCUBA DAN DOAKAN KALIAN SIHAT